cara turun berat badan 20kg
NAK TAHU CARANYA?
Aku ada kenal dengan sorang rakan sepejabat wanita ni, masa aku kenal tu badannya nak kata kurus memanglah tidak, nak kata gemuk pun tidak, bolehla. Namun, orang-orang yang mengenali dia sebelum aku mengenali dia, beritahu yang dia si rakan sepejabat wanita ni dulu badannya jauh lebih besar, Cuma baru-baru ni je dah surut. Baru-baru ni yang dimaksudkan dalam masa 2 bulan sahaja. Kalau menurut yang dibualkan, banyak juga surutnya kira-kira 20KG. Pergh.
20 KG ni bagi aku pun memang banyak, menyamai 2 kampit beras. Boleh anggap seperti hilangkan kapasiti nasi yang dimakan oleh aku sepanjang 2 bulan lepas. Namun, sebagai seorang yang dah memang kurus sejak lahir aku tak amik kisah sangat hal tu.
Sehinggalah rakan sepejabat yang dah kurang 20KG ni bukak cerita. Biasalah kalau orang kaya mesti akan petik cerita semasa susah, orang dah kurus sikit pun mesti nak jugak petik cerita masa gemuk. Walaupun aku tak amik kisah tentang gemuk-kurus, tapi bila orang dah cerita tentang kejayaannya kita hargailah dan berkongsi kepuasaan. Mungkin hal gemuk-kurus ni penting untuk dia dan kita boleh dapatkan sedikit motivasi dan semangat yang dia ada untuk mencapai sesuatu objektif.
Aku pun bertanyalah tentang amalan dan tips sehingga dia boleh turun berat badan dengan agak drastik.
Sangkaan aku mestilah dia daftar gym yang mahal-mahal tu, atau disebabkan berpuasa, atau jogging 5 kali seminggu, tak makan nasi selama 2 bulan, diet Atkins, pergi pejabat naik basikal, naik tangga setiap hari, atau beli treadmill, makan julap, consume Herbalife dan sewaktu dengannya, sedut lemak?,mungkin jugak masuk kelas menari atau Zumba dan lain-lain lagi yang aku pernah terbaca cara menurunkan berat badan.
Tapi, sangkaan aku satu pun tak kena.
“Takdelah, kena denggi. Masuk wad muntah-muntah, berak-berak, pastu kurus” – dia jawab.
