spek mata patah
Sebenarnya aku nak beritahu sesuatu,iaitu tentang spek mata aku yang telah patah, kalau korang tak mahu tahu korang boleh berhenti baca sekarang aku tak paksa. Aku peduli mende.
Ok nampaknya kau masih teruskan pembacaan.
Maknanya kau nak tahu lah ye??
Spek mata aku dah patah di bahagian penghubung di antara bingkai dan tangkainya.
Aku mintak wanita kegemaran belikan gam UHU, bila dicuba sambungkan guna gam UHU tetap tak boleh jugak. Sebelum ni guna gam biasa lagilah tak boleh.huhuhu.
Di tempat kerja masa waktu lunch aku singgah kedai serbaneka untuk beli gam gajah, gam gajah ni aku consider kuat lah sebab ada gambar gajah. Memang kuat melekatnya!
Aku bubuh gam gajah tu di antara bingkai dan tangkai kemudian aku tekan-tekan untuk beberapa saat supaya kukuh lekatannya. Ternyata, sangat kuat gam gajah ni. Cukup melekat.
Tapi bukan benda patah tu yang melekat, jari aku pulak yang melekat kat spek mata tu. Puii! .
Sekarang korang dah tahu dah lah, nak apa lagi. Aku tengah geram ni spek mata patah.
