review sayidahnapisahcom blogger

Segmen review blog kelolaan EFG hari ni akan mengupas tentang pula. Aku akan menulis gaya Tun M bercerita tentang 1mdb, panas dan telus. Tanpa membuang masa dan perkataan, berikut adalah 5 fakta tentang Napisah yang akan dibongkar.

1. Sebelum ini Pisah (nama rempit) menggunakan memburucintamu.blogspot sebagai platform untuk blogging. Aku tak pasti kenapa diubah kepada namanya sendiri,tapi aku ada 2 hipotesis. Pertama, cinta yang diburu telah ditemui. Kedua, mungkin Pisah merasakan masih muda untuk terburu-buru memburu cinta. Akhirnya Pisah menukar kepada satu nama yang cengeng sesuai dengan penampilannya iaitu .

2. banyak berkongsi link untuk download atau tonton program televisyen seperti Runningman,Hati perempuan,Dia..isteri luar biasa. Aku ingatkan makcik-makcik je yang layan, rupanya Pisah yang berusia awal 20-an pun layan drama melayu pesen gitu, inilah yang orang kata minat tak kira usia. Aku masa baya-baya dia aku tengok One Tree Hill dengan Dark Angel, bajet mat saleh lah sikit brader.

3. Berblogging seawal umur 17 tahun, motto utama Pisah dalam dunia blog ialah untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pembacanya. Sebab tu Pisah ada selitkan post motivasi dan informasi terkini. Kalau yang camni aku boleh follow, sebab sebagai orang muda kita kena lebih cas positif dalam diri. Kalau Pisah dapat banyakkan post berkenaan motivasi memang cantiklah, sesuai dengan pangkat dirinya sebagai siswazah unggul. Bagi yang tidak tahu, Pisah sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Matematik dan dia memang cintakan Matematik! Jadi, kena berhati-hati bila berkawan dengan dia, jenis berkira lah ni, puii!

4. Apa yang aku mahu belajar dari Cik Pisah adalah cara dia membahagi masa sebagai seorang pelajar terbaik, blogger acah-acah comel dan pengguna media sosial yang agresif. Setakat ni nampak macam dia boleh handle semua pangkat dan disegani disetiap lapangan. Secara peribadi, Pisah lebih menonjol daripada blog dia, makna kata Pisah adalah Pisah tak kira di mana pun berada. Cuma perlu banyakkan menulis dengan pena mata dan hati sendiri.

Lihat Juga  7 ragam manusia di whatsapp

5. Trademark blognya ialah burung terbang membawa daun dan sehingga ke hari ini, burung itu tidak pernah berhenti terbang….kasihan burung tersebut hidup terseksa. Trademark Pisah pulak adalah senyuman Colgate tiada kaviti. Walau apa pun, bak tulisan di header Pisah, we are born to be real not to be perfect,so kita layankan je la..zassss!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *