efg exchange feed group 27

#Baru-baru ni aku telah menyertai satu pertubuhan blogger-blogger bersatu di bawah nama EFG (Exchange Feed Group). Secara dasarnya, penubuhan EFG bertujuan untuk mempromosikan blog menerusi  perkongsian feed link di blog-blog yang terlibat. Secara langsuñg, setiap blog yang terlibat berpeluang untuk memaparkan pautan feed blognya di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui. Tapi, bukan itu sahaja yang menarik perhatian aku. 

#EFG ni pun pada aku merupakan platform untuk berkongsi dan mengembangkan ilmu. Antara ilmu yang selalu dibincangkan seperti teknik SEO, teknik review, template blog dan pengiklanan. Semua perkongsian deal secara abang-adik, tiada bayaran dikenakan, GST dengan cukai hiburan lagilah takde. Kelas biasanya diadakan di whatsapp group atau tutorial di blog, hanya yang tekun dapat mencapai matlamat yang dicitakan, selari dengan cogan kata EFG Bukan Sembang Kosong.

#Cuba lihat di sebelah kanan blog aku ni, ada logo EFG yang warna biru tu kan. Kalau nak parking percuma, half-price tiket wayang, atau diskaun 70% bermalam di hotel sekitar lembah klang bolehlah tunjukkan logo tersebut..disertakan sekali dengan muka tak malu mudah kena tipu.#acahmakenon. Sebab logo tu sebenarnya hanya melambangkan keahlian kami sahaja, kalau terserampak kat mana-mana blog logo tu maknanya dia abang-adik kami lah, kirim salam kat dia. 

#Kalau serius dan beriye sangat pun tak elok untuk keanjalan kulit dan awet muda. Bila berada di luar garis formal, mereka ni selalunya bijak berkomedi dan berparodi. Jangan terkejut kalau notifkasi mencecah ribuan sehari, aku pun dapat join bersamarinda bila ada kesempatan sahaja, itupun kena curi-curi masa. Harapan aku pada EFG, moga EFG dapat bertahan lama dan menjadi platform kepada lebih ramai blogger-blogger pada masa akan datang.

Lihat Juga  Dup Dap: Makna, Perasaan, dan Cerita di Sebalik Degupan Hati

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *